Daripada:
Advantechk Enterprise
Tingkat 2, MAYC Hotel
40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
Website: www.japtrans4u.com
Tel/ Fax: 03-2273 3523
Adakah anda mempunyai foto-foto menarik??
Sertai kami....
Syarikat kami akan membuat kalendar untuk tahun 2010 yang bertemakan Pemandangan atau Bangunan di Malaysia. Kalendar ini akan terdiri dari 12 helaian, dengan satu bulan setiap helai. Ukuran kalendar ini (tentatively) ialah 60 cm tinggi x 40 cm lebar.
Kami sedang mencari 12 foto menarik untuk paparan di kalendar 2010 ini.
Anda mempunyai hasil foto berkaitan pemandangan atau bangunan yang menarik? Hantarkan kepada kami. Mereka yang terpilih akan menerima Wang tunai serta Kalender dari pihak kami serta menerima diskaun 30% untuk setiap pembelian (sekiranya berminat). Yang menariknya, nama anda akan diabadikan pada kalendar tersebut (dengan persetujuan anda).
HADIAH PERTAMA....
RM250 SERTA KALENDER 2010
HADIAH KEDUA.......
RM150 SERTA KALENDER 2010
HADIAH KETIGA.......
RM100 SERTA KALENDER 2010
HADIAH SAGUHATI
(KEEMPAT HINGGA DUA BELAS)
KALENDER 2010
Nota: Foto hendaklah disertakan
1) Lokasi foto diambil (Pemandangan)
2) Nama bangunan
3) Fakta/sejarah mengenai tempat/ bangunan tersebut
4) Nama, alamat, no. telephone anda
5) Email
Syarat-syarat Penyertaan
Foto hendaklah hasil kerja anda sendiri
E-mail foto yang telah di'reduce' saiznya kurang dari 200KB. Anda boleh menggunakan software MIHOV IMAGE RESIZER http://www.imageresizer.com/ atau lain-lain software.
E-mail ke: advantechk@yahoo.com.sg
Tajuk email : Foto untuk kalender
PENTING: Foto asal mestilah bersaiz lebih dari 4MB.
12 foto terbaik yang terpilih akan dihubungi melalui e-mail atau telefon, dan anda dikehendaki untuk mengirimkan foto asal yang bersaiz melebihi 4MB. Foto asal yang kurang dari 4MB akan terbatal penyertaanya secara automatik.
Nota 1: Tujuan syarat 2 adalah untuk mengelakkan anda merasa ragu terhadap pihak kami menggunakan foto tersebut secara tidak berhemah, kerana foto bersaiz kurang dari 200KB tidak akan dapat diprint dengan cantik!
Nota 2: Sekiranya anda yakin dengan pihak kami, anda terus boleh menghantar foto asal yang bersaiz lebih dari 4MB.
Foto yang dihantar mestilah yang asli, diambil oleh peserta dan belum menyertai apa-apa pertandingan atau disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
Hanya foto berwarna diterima untuk kalendar ini.
Dengan menyertai pertandingan ini, bermakna anda bersetuju untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditentukan oleh pihak penganjur dan pihak juri.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
Kemenangan boleh dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat pertandingan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau e-mail. Hadiah akan dihantar pada 1hb ke 15hb Dec. 2009.
Tarikh tutup penyertaan adalah 14hb Ogos 2009.
Selamat berkarya
Supardi Bin Bai
(Principal)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
0 komentar:
Posting Komentar